Jumaat, 29 Oktober 2010
peringatan
wahai manusia sesungguhnya kamu tidak dapat lari daripada musibah yang Allah timpakan ke atas kamu semua. sesungguhnya ujian itu adalah untuk menguji keimanan dan ketaqwaan kamu kepada-Nya serta untuk menghapuskan dosa. ketika ditimpa ujian itulah manusia akan mengingati Allah SWT
Selasa, 7 September 2010
Bulan
Oh Bulan,
Aku mahu kau
Menaungi
Menaungi kezaliman
Dengan kebaikan,
Menaungi
Bersama Bulan Sabit
Dan Roket.
Aku mahu kezaliman
Dacing dimusnahkan
Menegakkan keadilan
Yang sudah lama hilang.
Aku mahu sistem demokrasi
Dirombak,
Memberi peluang kepada rakyat,
Memilih pemimpin sendiri
Tanpa ada paksaan.
Aku mahu ditarbiah
Oleh mu
Untuk menegakkan kebenaran
Serta menghapuskan rasuah
Yang menjadi musuh negara
Dan menegakkan Hukum Allah
Yang tidak diamalkan
Di Malaysia.
Hasil nukilan
Naufal Hakim B Azmal Zaid
2010
Isnin, 6 September 2010
adakalanya ........untuk
adakalanya kita perlu mengalah dahulu
untuk berjaya. adakalanya kita perlu menang untuk menunjuk kebenaran adakalanya kita perlu membangkang untuk menegakkan kebenaran adakalanya kita perlu bersetuju untuk kebaikan adakalanya kita perlu berfikir untuk apa kita di jadikan adakalanya kita perlu menilai untuk mengetahui kebaikan kita adakalanya kita perlu gigih berusaha untuk kebaikan semua adakalanya kita perlu berkorban untuk orang lain adakalanya wang bukan segalanya untuk menggembirakan adakalanya sumbangan tenaga perlu untuk menggembirakan adakalanya ilmu kemahiran hidup perlu untuk berdikari adakalanya pengalaman lalu penting untuk memberi pengajaran adakalanya usaha tidak cukup untuk mendaki gunung impian adakalanya ilmu sangat penting untuk menawan puncak gunung impian adakalanya angan-angan menjadi halangan untuk menawan gunung impian adakalanya kawan juga menjadi penghalang untuk menawan gunung impian hasil nukilan naufal hakim bin azmal zaid hak cipta terpelihara 2010 |
Langgan:
Catatan (Atom)