Isnin, 6 September 2010

adakalanya ........untuk




adakalanya kita perlu mengalah dahulu
untuk berjaya.
adakalanya kita perlu menang
untuk menunjuk kebenaran
adakalanya kita perlu membangkang
untuk menegakkan kebenaran
adakalanya kita perlu bersetuju
untuk kebaikan

adakalanya kita perlu berfikir
untuk apa kita di jadikan
adakalanya kita perlu menilai
untuk mengetahui kebaikan kita
adakalanya kita perlu gigih berusaha
untuk kebaikan semua
adakalanya kita perlu berkorban
untuk orang lain

adakalanya wang bukan segalanya
untuk menggembirakan
adakalanya sumbangan tenaga perlu
untuk menggembirakan
adakalanya ilmu kemahiran hidup perlu
untuk berdikari
adakalanya pengalaman lalu penting
untuk memberi pengajaran

adakalanya usaha tidak cukup
untuk mendaki gunung impian
adakalanya ilmu sangat penting
untuk menawan puncak gunung impian
adakalanya angan-angan menjadi halangan
untuk menawan gunung impian
adakalanya kawan juga menjadi penghalang
untuk menawan gunung impian

hasil nukilan naufal hakim bin azmal zaid
hak cipta terpelihara 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan